DUNIA
UK sambut baik cadangan autonomi Maghribi, mahu selesaikan isu Sahara Barat
Kerajaan UK berkata, ia akan terus bertindak secara dua hala, termasuk dalam bidang ekonomi, serta di peringkat serantau dan antarabangsa selaras dengan pendirian itu bagi menyokong penyelesaian konflik tersebut. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Cadangan autonomi oleh Maghribi pada tahun 2007 berhubung penyelesaian berkekalan terhadap pertikaian mengenai ‘Sahara Morocco’ dilihat oleh Kerajaan United Kingdom (UK) sebagai cadangan yang meyakinkan dan pragmatik.
Ringkasan AI
Kerajaan United Kingdom dalam satu kenyataan berkata, ia akan terus bertindak secara dua hala, termasuk dalam bidang ekonomi, serta di peringkat serantau dan antarabangsa selaras dengan pendirian itu bagi menyokong penyelesaian konflik tersebut.
Pendirian ini dinyatakan dalam Kenyataan Bersama yang ditandatangani pada Ahad di Rabat oleh Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar, Komanwel dan Pembangunan UK, David Lammy, dan Menteri Hal Ehwal Luar, Kerjasama Afrika dan Warga Maghribi di Luar Negara, Nasser Bourita.
“Sebagai Ahli Tetap Majlis Keselamatan PBB, UK bersetuju dengan Maghribi mengenai keperluan mendesak untuk mencari penyelesaian terhadap pertikaian yang telah lama berlarutan ini, yang akan memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya lagi.
Kenyataan itu menambah bahawa masa untuk menyelesaikan isu tersebut telah lama tiba, dan penyelesaiannya akan mengukuhkan kestabilan Afrika Utara serta merangsang semula dinamik dua hala dan integrasi serantau.
Menurut dokumen tersebut, UK mengikuti secara dekat dinamika positif semasa dalam isu ini di bawah kepimpinan Raja Mohammed VI.
“London turut mengiktiraf bahawa isu Sahara Barat adalah amat penting bagi Kerajaan Maghribi, dan penyelesaian pertikaian serantau ini akan mengukuhkan kestabilan Afrika Utara serta merangsang semula dinamik dua hala dan integrasi serantau.
“UK juga menyatakan kesediaannya untuk menyokong projek-projek di Sahara, khususnya melalui komitmen UK Export Finance sebanyak 5 bilion pound untuk menyokong perniagaan baharu di seluruh negara,” menurut kenyataan itu lagi.
Selain itu, UK mengiktiraf Maghribi sebagai pintu masuk utama kepada pembangunan sosio-ekonomi Afrika, dan mengulangi komitmennya untuk memperkukuh kerjasama dengan Morocco sebagai rakan pertumbuhan di seluruh benua.
Dalam kenyataan itu juga, kedua-dua negara menyokong dan menganggap penting peranan utama proses yang diketuai oleh PBB, serta mengulangi sokongan penuh mereka terhadap Usaha Wakil Peribadi Setiausaha Agung PBB, Staffan de Mistura.
UK menyatakan bahawa ia bersedia dan komited untuk memberikan sokongan aktif kepada Wakil Peribadi dan pihak-pihak yang terlibat.
Pendirian baharu UK ini, sebagai ahli tetap Majlis Keselamatan PBB, selaras dengan pendirian tegas yang telah dinyatakan oleh kuasa-kuasa besar lain seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Sepanyol.
Ia juga mengukuhkan momentum sokongan antarabangsa yang semakin meningkat yang dipacu oleh Raja Mohammed VI terhadap Pelan Autonomi di bawah kedaulatan Maghribi, serta mengesahkan kredibiliti inisiatif ini dan sokongan meluas terhadapnya dalam usaha mencapai penyelesaian muktamad terhadap pertikaian serantau mengenai Sahara Morocco.
Ringkasan AI
- UK menyokong cadangan autonomi Maghribi untuk Sahara Morocco: Kerajaan UK menyifatkan cadangan 2007 sebagai pragmatik dan berjanji untuk terus menyokong penyelesaian konflik di peringkat serantau serta antarabangsa.
- Kerjasama dua hala untuk kestabilan Afrika Utara: UK mengikuti perkembangan isu ini di bawah kepimpinan Raja Mohammed VI dan bersedia menyokong projek di Sahara dengan komitmen UK Export Finance sebanyak 5 bilion pound.
- Sokongan UK sejajar dengan pendirian kuasa besar lain: Pendirian UK selari dengan sokongan yang diberikan oleh AS, Perancis, dan Sepanyol terhadap Pelan Autonomi Maghribi dalam usaha mencapai penyelesaian muktamad.