awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK sedia pertahan kedaulatan Ukraine

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2022
23:33 MYT
UK sedia pertahan kedaulatan Ukraine
Boris Johnson bercakap pada sidang media di Kyiv, Ukraine, Tuesday, Feb. 1, 2022. (Foto AP)
BRITAIN memberi amaran akan mempertahankan kedaulatan Ukraine dan mengenakan sekatan sekiranya Rusia bertindak memasuki negara itu.
Kenyataan dikeluarkan selepas pertemuan antara Perdana Menteri Britain Boris Johnson dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Selasa.
Pengumuman Johnson itu adalah sebahagian tindak balas diplomatik terhadap kebimbangan pencerobohan Rusia di Ukraine.
"Kami juga sedang menyediakan pakej sekatan dan langkah-langkah lain yang akan diambil sebaik sahaja Rusia melintasi masuk ke wilayah Ukraine.
"Kami melakukan semua ini bukan kerana bermusuh dengan Rusia, tetapi untuk menunjukkan bahawa kami akan sentiasa mempertahankan kebebasan, demokrasi dan kedaulatan Ukraine yang menghadapi pencerobohan," kata Johnson di Kyiv.
Johnson berada di Kyiv untuk mengadakan perbincangan bersama Zelenskyy di tengah-tengah ketegangan antara Ukraine dan Rusia.
Tambahnya, sekiranya Rusia bertindak melakukan pencerobohan, ia akan menjadi bencana politik, kemanusiaan dan ketenteraan.
Katanya, United Kingdom (UK) akan sentiasa menyokong kedaulatan Ukraine dan rakyatnya.
Malah, kerajaan britain dalam satu kenyataan berkata, UK sudah sekian lama menjadi penyokong tegar kedaulatan Ukraine.
Sejak 2015, angkatan tentera British melatih lebih 22,000 tentera Ukraine untuk mempertahankan diri.
Ketegangan mula tercetus selepas Moscow menempatkan anggota tentera secara besar-besaran di sempadan kedua negara.
Topic Berkaitan
#kedaulatan Ukraine
#Boris Johnson
#Rusia
#pencerobohan Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan