awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tumpang tandas, alasan remaja dicekup berkhalwat
Desak Muhyiddin undur: Ketua Bahagian Bersatu di Perak dipanggil Lembaga Disiplin
Tengku Zafrul cadang pemain lebih selektif pilih kejohanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda

Bernama
Bernama
08/01/2026
21:40 MYT
UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda
Salji melitupi pondok telefon di Feschiebridge, Scotland, Britain. - Foto REUTERS
LONDON: "Bom cuaca" yang membawa salji tebal dan angin kencang dijangka melanda United Kingdom (UK) susulan Ribut Goretti, lapor PA Media/dpa.

Ringkasan AI
  • Ribut Goretti dijangka membawa salji tebal dan angin kencang di United Kingdom dengan amaran cuaca dikeluarkan untuk seluruh negara, menimbulkan gangguan perjalanan yang berbahaya.
  • Tekanan pusat Ribut Goretti dijangka jatuh secara mendadak, mencetuskan bom cuaca atau 'explosive cyclogenesis' yang boleh menyebabkan angin kencang sehingga 161 km/j di beberapa kawasan.
  • Persediaan dilakukan oleh Network Rail dan East Midlands Railway untuk menghadapi kesan ribut, termasuk menghentikan perkhidmatan kereta api di laluan cawangan di timur wilayah itu bagi memastikan keselamatan penumpang dan pasukan.

Ribut itu, yang dinamakan oleh peramal cuaca Perancis, Meteo-France, disifatkan oleh Met Office sebagai "peristiwa pelbagai bahaya", dengan kemungkinan salji setebal 30 sentimeter di beberapa bahagian UK dan tiupan angin kencang sehingga 160 kilometer sejam (km/j).
Amaran cuaca dikeluarkan untuk salji, angin, hujan dan ais di seluruh negara menjelang kemungkinan berlakunya "gangguan serta keadaan perjalanan yang berbahaya."
Ketua peramal Met Office Neil Armstrong berkata: "Ribut Goretti akan membawa pelbagai bahaya, dengan impak paling ketara akibat salji di sebahagian Wales dan Midlands, serta angin yang sangat kencang di hujung barat daya. Hujan lebat di beberapa bahagian Wales dan East Anglia juga berisiko menyebabkan gangguan kepada ramai orang.
"Goretti akan membawa salji di pinggir utaranya, berkemungkinan besar di Wales dan Midlands. Taburan salji setebal 10-15 cm dijangka secara meluas, dengan 20-30 sentimeter mungkin berlaku di sesetengah kawasan, terutamanya di kawasan tanah tinggi di Wles dan Peak District.
"Amaran jingga dikeluarkan bagi kawasan yang mempunyai risiko gangguan paling besar bermula malam Khamis hingga pagi Jumaat.
"Ini adalah tempoh cuaca buruk yang kompleks dan saya menasihatkan orang ramai di kawasan amaran agar sentiasa mengikuti perkembangan ramalan cuaca dan pesanan daripada pihak berkuasa tempatan."
BBC melaporkan, ribut itu bakal membawa "bom cuaca" ke UK. Juga dikenali sebagai explosive cyclogenesis, bom cuaca berlaku apabila tekanan pusat di kawasan tekanan rendah jatuh dengan mendadak. Tekanan yang jatuh sebanyak 24 milibar dalam masa 24 jam dikategorikan sedemikian.
Menurut BBC, Ribut Goretti akan menyaksikan kejatuhan tekanan sebanyak 36 milibar dalam tempoh 24 jam bermula dari 6 petang (1800 GMT) pada Rabu hingga 6 petang Khamis.
Met Office menyatakan angin semasa bom cuaca boleh menjadi "cukup kuat untuk menumbangkan pokok dan menyebabkan kerosakan struktur."
Tiupan angin paling teruk dijangka berlaku di barat daya, termasuk Cornwall dan Kepulauan Scilly, di mana amaran jingga berkuat kuasa dari 4 petang hingga 11 malam dengan tiupan angin boleh mencecah sehingga 161 km/j di lokasi terdedah sepanjang pantai.
Amaran kuning berasingan untuk angin juga dikeluarkan untuk seluruh pantai selatan, dengan ramalan tiupan angin sehingga hampir 100 km/j. Perkhidmatan cuaca itu berkata kelajuan angin yang "luar biasa" ini boleh menjadi lebih kuat daripada ribut baru-baru ini seperti Ciaran pada 2023 dan Eunice pada 2022.
Sementara itu, amaran jingga untuk salji bermula dari 8 malam sehingga 9 pagi Jumaat meliputi bahagian Wales, Midlands, dan South Yorkshire. Menurut Met Office hujan yang dikaitkan dengan ribut di kawasan ini akan bertukar menjadi "salji tebal", yang mungkin menyebabkan sesetengah komuniti luar bandar terputus hubungan.
Sebagai persediaan menghadapi cuaca buruk, Network Rail dan East Midlands Railway (EMR) berkata mereka akan mula menghentikan perkhidmatan di laluan cawangan di timur wilayah itu bermula 8 malam Khamis.
Dan Matthews, pengarah operasi Network Rail, berkata: "Kami melakukan segala yang termampu untuk mempersiap landasan kereta api bagi menghadapi impak Ribut Goretti.
Di bahagian rangkaian yang lebih terpencil, kami menjangkakan impak ribut ke atas jalan raya akan menyebabkan kakitangan kami sukar untuk sampai dan bertindak balas jika ada insiden melibatkan kereta api.
"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta pasukan kami harus diutamakan. Kami akan memastikan laman sesawang dan media sosial sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini."
"Kami berhasrat untuk mengendalikan jadual waktu penuh bagi Laluan Utama Midland antara London, Nottingham dan Sheffield memandangkan laluan ini dikawal oleh sistem isyarat pusat dan secara amnya lebih mudah diakses dari jalan utama oleh pasukan respons kami.
"Kami akan menempatkan pasukan tambahan yang bertugas serta sebuah bajak salji yang akan beroperasi di laluan ini sepanjang malam. Gangguan dan kelewatan akibat ribut mungkin akan berlaku, jadi sila rancang perjalanan anda terlebih dahulu dan terus semak status perjalanan anda."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ribut Goretti
#bom cuaca
#salji
#angin kencang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan