DUNIA
UK suntik GBP2.5 bilion dorong revolusi kenderaan sifar karbon
Kerajaan UK komited menyalurkan GBP2 bilion sehingga 2030, disusuli tambahan GBP500 juta untuk penyelidikan dan pembangunan sehingga 2035. - Foto UK Government
LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) mengumumkan pelancaran DRIVE35, program baharu yang merangkumi pelbagai pertandingan pembiayaan untuk menyokong perniagaan automotif UK, lapor dpa-AFX.
Program itu akan membiayai pelbagai jenis projek yang menyokong peralihan kepada pengeluaran kenderaan tanpa pelepasan karbon.
Ia menyasarkan pengeluar besar berjumlah tinggi serta kilang bateri berskala besar selain turut memberi sokongan kepada syarikat pemula, prototaip dan inovasi automotif berteknologi tinggi.
Program baharu itu diumumkan dalam Pelan Sektor Pembuatan Maju, sebahagian daripada Strategi Industri Moden UK.
Kerajaan UK komited menyalurkan GBP2 bilion (US$2.7 bilion) sehingga 2030, disusuli tambahan GBP500 juta untuk penyelidikan dan pembangunan sehingga 2035, satu komitmen jangka panjang selama 10 tahun terhadap inovasi automotif di UK.
Dana itu akan memberi kepastian kepada sektor automotif, meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur di UK dan menyokong penyelidikan serta pembangunan terkini dalam kenderaan sifar karbon, bateri dan rantaian bekalan berkaitan, menurut kerajaan.
Pada 2024, sektor automotif UK menyumbang GBP21.4 bilion dalam nilai tambah kasar (GVA) kepada ekonomi dan menyediakan 132,000 pekerjaan di seluruh negara, merangkumi banyak jawatan berkemahiran tinggi, bergaji tinggi serta peluang perantisan.
Peralihan kepada kenderaan sifar karbon disifatkan sebagai peluang pelaburan terbesar abad ke-21, dengan potensi menarik pelaburan, memanfaatkan inovasi tempatan dan merangsang pertumbuhan jangka panjang.
UK juga mencatat kejayaan sebagai pasaran kenderaan elektrik (EV) terbesar di Eropah pada 2024, dan ketiga terbesar di dunia dengan lebih 382,000 unit EV terjual, meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kini terdapat lebih 82,000 tempat pengecasan awam di seluruh UK.
Setiausaha Perniagaan dan Perdagangan UK Jonathan Reynolds berkata "kami membantu pengeluar automotif UK untuk berada di barisan hadapan dengan bekerjasama erat bersama pelabur bagi membina rantaian bekalan kenderaan elektrik yang berdaya saing di peringkat global ketika kami melaksanakan Pelan Perubahan kami."
-- BERNAMA