DUNIA

UK, US setuju kepentingan pelancaran vaksin global

Astro Awani 05/05/2021 | 00:06 MYT
Boris Johnson dan Antony Blinken bertemu di London dalam pertemuan pemimpin-pemimpin kuasa ekonomi G7, pada Selasa. -Reuters
LONDON: Perdana Menteri Britain dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bersetuju berhubung keperluan pemberian vaksin COVID-19 secara global untuk menamatkan wabak itu.
Boris Johnson dan Antony Blinken bertemu di London dalam pertemuan pemimpin-pemimpin kuasa ekonomi G7, pada Selasa.
Kedua-dua pemimpin itu bersetuju bahawa pemberian vaksin secara global akan menjadi kunci menewaskan pandemik tersebut.
Mereka menggariskan kepentingan usaha G7 dalam perkara tersebut.
Antara lain, termasuk usaha meningkatkan kemampuan pembuatan vaksin antarabangsa.
#COVID-19 #Britain #London #G7 #vaksin #Boris Johnson #Amerika Syarikat #Antony Blinken #pandemik