Ukraine, kumpulan pemisah setuju lanjut gencatan senjata

Astro Awani
Jun 29, 2014 05:31 MYT
Kerajaan Rusia dan Pemisah Pro Rusia diberi tempoh sehingga Isnin bagi mengambil langkah perlu dalam memperbaiki keadaan.
Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov menuduh Amerika Syarikat bertanggungjwab memberi galakan kepada Ukraine untuk terus mencabar Moscow.
Beliau pada masa yang sama mendakwa, Ukraine juga cuba mengetepikan Kesatuan Eropah kerana terlalu berharap dengan Amerika Syarikat.
Tambahnya, peluang bagi menyelesaikan krisis Ukraine lebih cerah jika negara berkenaan hanya bergantung kepada Rusia dan Eropah.
Lavrov berkata demikian selepas Kesatuan Eropah pada Jumaat bersetuju tidak mengenakan sebarang sekatan tambahan terhadap Rusia kerana campur tangannya di Timur Ukraine.
Kerajaan Rusia dan Pemisah Pro Rusia diberi tempoh sehingga Isnin bagi mengambil langkah perlu dalam memperbaiki keadaan.
Sementara itu, Pemisah Pro Rusia, membebaskan kumpulan kedua pemerhati Pertubuhan Kerjasama Dan Keselamatan Eropah (OSCE).
Jurucakap OSCE, Michael Bociurkiw berkata, empat pemerhati itu ditahan sejak penghujung Mei.
Kesemua mereka dibebaskan dan ditemui pegawai pertubuhan berkenaan di Timur Donetsk.
Pemimpin Pemisah, Alexander Borodai memberitahu, rundingan pembebasan itu bukan mudah kerana terlalu ramai komander.
Beliau pada masa sama memberi jaminan, rundingan damai dengan kerajaan akan diteruskan.
#Alexander Borodai #Menteri Luar Rusia #Pemimpin Pemisah #Pertubuhan Kerjasama Dan Keselamatan Eropah (OSCE) #Sergey Lavrov