DUNIA
Ukraine nafi serangan dron ke atas kediaman Putin, tuduh Rusia cuba gagalkan rundingan damai
Presiden Zelenskyy (kiri) menafikan dakwaan Rusia bahawa Kyiv melancarkan serangan dron ke atas salah sebuah kediaman Presiden Putin, sambil menuduh Moscow cuba menggagalkan rundingan damai. - Gammbar fail
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menafikan dakwaan Rusia bahawa Kyiv melancarkan serangan dron ke atas salah sebuah kediaman Presiden Vladimir Putin, sambil menuduh Moscow cuba menggagalkan rundingan damai.
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov mendakwa, Ukraine melancarkan serangan pada Ahad malam menggunakan 91 dron jarak jauh ke atas kediaman rasmi Putin di wilayah Novgorod, barat laut Rusia.
Susulan dakwaan itu, Rusia memaklumkan akan menilai semula pendiriannya dalam rundingan damai.
Bagaimanapun, lokasi sebenar Putin ketika serangan didakwa berlaku masih tidak jelas.
Zelenskyy menolak tuduhan tersebut sebagai “pembohongan tipikal Rusia” yang bertujuan memberi alasan kepada Kremlin untuk meneruskan serangan ke atas Ukraine.
Beliau turut memberi amaran bahawa dakwaan terbaharu Moscow mungkin menjadi isyarat kepada serangan baharu ke atas Kyiv.
“Semua pihak mesti berwaspada sekarang. Serangan mungkin dilancarkan ke atas ibu negara,” katanya kepada wartawan pada Isnin, sambil menyifatkan kenyataan Rusia sebagai satu “ancaman.”
Zelenskyy menegaskan, Rusia sedang “mencari alasan” untuk meneruskan serangan dan melihat kemajuan ke arah gencatan senjata sebagai satu “kegagalan”.
Dalam hantaran di platform X, beliau berkata: “Adalah kritikal dunia tidak berdiam diri sekarang. Kita tidak boleh membiarkan Rusia menggagalkan usaha mencapai keamanan berkekalan.”
Lavrov dalam kenyataan di Telegram mendakwa, kesemua 91 dron yang dilancarkan telah dipintas dan dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara Rusia, tanpa sebarang laporan kematian atau kerosakan.
“Melihat kepada kemerosotan rejim jenayah Kyiv yang kini beralih kepada dasar keganasan negara, pendirian rundingan Rusia akan disemak semula,” katanya, namun menegaskan Moscow tidak bercadang keluar daripada proses rundingan dengan Amerika Syarikat.
Jurucakap Kremlin pada Selasa memaklumkan Rusia tidak akan mengemukakan bukti berhubung serangan yang didakwa berlaku, sambil menambah bahawa Moscow akan “mengambil pendirian lebih tegas” dalam rundingan.
Sementara itu, Menteri Luar Ukraine menggesa negara lain supaya tidak terpedaya dengan dakwaan palsu Rusia.
“Hampir sehari berlalu dan Rusia masih gagal mengemukakan bukti kukuh terhadap tuduhan serangan ke atas kediaman Putin. Dan mereka tidak akan berbuat demikian kerana serangan itu tidak berlaku,” kata Andrii Sybiha di X.
Dakwaan Moscow muncul selepas pertemuan antara Amerika Syarikat dan Ukraine di Florida pada Ahad, di mana Presiden Donald Trump dan Zelenskyy membincangkan pelan damai baharu untuk menamatkan perang.
Selepas pertemuan itu, Zelenskyy memberitahu Fox News bahawa terdapat “kemungkinan untuk menamatkan perang ini” pada 2026, namun menegaskan, Ukraine tidak mampu menang tanpa sokongan AS.
Beliau berkata, AS menawarkan jaminan keselamatan selama 15 tahun, dan Trump menyatakan persetujuan mengenai perkara itu hampir 95 peratus selesai.
Bagaimanapun, isu wilayah dan loji nuklear Zaporizhzhia yang diduduki Rusia masih belum diselesaikan, selain masa depan wilayah Donbas yang terus menjadi pertikaian.
Ketika ini, Rusia menguasai kira-kira 75 peratus wilayah Donetsk dan hampir keseluruhan Luhansk.
White House pada Isnin memaklumkan., Trump telah mengadakan panggilan positif dengan Putin selepas rundingan AS-Ukraine, namun Kremlin mendakwa, Putin menekankan serangan ke atas kediamannya berlaku “hampir sejurus selepas rundingan yang dianggap berjaya oleh AS.”
Trump kemudian mengakui beliau dimaklumkan mengenai insiden itu oleh Putin dan menyifatkannya sebagai “sangat mengejutkan”, sambil menambah AS akan menyiasat dakwaan tersebut. - Agensi