DUNIA
Ukraine sasar integrasi penuh dalam pasaran tenaga Eropah pada 2027
Parlimen Ukraine sedang menyediakan rang undang-undang bagi peringkat akhir integrasi itu dengan pengundian dijangka dilakukan pada bulan depan. - Reuters
KYIV: Kerajaan Ukraine sedang berusaha untuk mengintegrasikan negara itu secara menyeluruh ke dalam pasaran tenaga Kesatuan Eropah (EU) pada tahun depan, lapor agensi berita Interfax-Ukraine pada Jumaat, yang memetik kenyataan seorang pegawai kanan, menurut Xinhua.
"Pada 2027, kami akan menyertai pasaran tenaga EU secara bersepadu sepenuhnya, walaupun kami belum lagi menjadi ahli rasmi Kesatuan itu," kata Taras Kachka, Timbalan Perdana Menteri bagi Integrasi Eropah dan Euro-Atlantik.
Kachka berkata, Parlimen Ukraine kini sedang menyediakan rang undang-undang bagi peringkat akhir integrasi itu dengan pengundian dijangka dilakukan pada bulan depan.
Pada Julai 2025, penggubal undang-undang Ukraine telah meluluskan draf undang-undang sebagai asas, yang antara lain merangkumi penggabungan pasaran elektrik antara Ukraine dan EU, memudahkan syarat perdagangan elektrik, serta akses kepada rizab tenaga EU.
Rangkaian elektrik Ukraine telah diselaraskan dengan rangkaian pengendali sistem penghantaran elektrik Eropah (ENTSO-E) pada tahun 2022.
-- BERNAMA