awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine sedia jemput Rusia ke Sidang Kemuncak Keamanan Kedua

Bernama
Bernama
28/10/2024
13:39 MYT
Ukraine sedia jemput Rusia ke Sidang Kemuncak Keamanan Kedua
Sybiha mengesahkan kepada menteri (Ronald Lamola) secara terus bahawa Ukraine bersedia menjemput wakil Rusia ke Sidang Kemuncak Keamanan global kedua. - Reuters
JOHANNESBURG: Menteri Luar Ukraine Andrii Sybiha pada Isnin menyatakan bahawa negaranya bersedia menjemput wakil Rusia ke Sidang Kemuncak Keamanan kedua untuk menamatkan perang di Ukraine.
"Saya mengesahkan kepada menteri (Ronald Lamola) secara terus bahawa Ukraine bersedia menjemput wakil Rusia ke Sidang Kemuncak Keamanan global kedua," lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan Sybiha kepada pemberita semasa taklimat media di ibu negara Pretoria bersama Menteri Luar Afrika Selatan Ronald Lamola.
Sidang kemuncak keamanan Ukraine pertama diadakan di Switzerland pada Jun lepas, dan Rusia tidak dijemput.
Sybiha sedang melawat Afrika Selatan untuk mengadakan rundingan politik dan mengukuhkan hubungan dua hala, menurut laporan itu.
Bulan lepas, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata negaranya sedang bersiap sedia untuk mengadakan sidang kemuncak kedua pada November, namun belum menetapkan tarikh yang tepat.
Sybiha turut menyatakan kehadirannya di Afrika Selatan bertujuan memberi isyarat untuk meningkatkan hubungan dua hala yang saling menguntungkan. Beliau berkata pada Ahad bahawa perbincangannya dengan komuniti perniagaan di negara itu menunjukkan potensi yang besar.
Beliau juga menyatakan bahawa Ukraine berkongsi kebimbangan dengan Afrika Selatan mengenai krisis kemanusiaan di Sudan serta konflik lain di benua itu, sambil menekankan bahawa kestabilan di rantau berkenaan adalah penting.
Sybiha menafikan dakwaan bahawa tentera Ukraine terlibat dalam konflik di Afrika. "Ukraine tidak campur tangan dalam urusan negara lain, dan tuduhan terhadap Ukraine adalah tidak berasas. Kami mempunyai perang kami sendiri dan kami tidak mahu menyebarkannya atau memperbesarkannya, kami hanya mahu menghentikan pencerobohan Rusia, itu sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Rusia
#Sidang Kemuncak Keamanan
#Andrii Sybiha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan