DUNIA
Ukraine sedia sambung semula pertukaran tahanan dengan Rusia
Ukraine dan Rusia sebelum ini menjalani tiga pusingan rundingan di Turkiye pada Mei, Jun dan Julai.
KYIV: Ukraine bersetuju untuk menyambung semula proses pertukaran tahanan dengan Rusia semasa rundingan terbaharu yang diadakan dengan pengantaraan Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov pada Sabtu, lapor Xinhua.
"Hasil rundingan ini, kedua-dua pihak bersetuju mengaktifkan semula pengaturan Istanbul. Ia membabitkan pembebasan 1,200 rakyat Ukraine," kata Umerov di Facebook.
Beliau berkata perbincangan teknikal akan diadakan dalam masa terdekat bagi memuktamadkan segala butiran prosedur dan organisasi, sambil berkata bahawa Kyiv berharap dapat membawa pulang rakyat Ukraine yang ditawan sebelum cuti musim sejuk.
Ukraine dan Rusia sebelum ini menjalani tiga pusingan rundingan di Turkiye pada Mei, Jun dan Julai, membawa kepada "perjanjian Istanbul" untuk pertukaran tahanan dan mayat anggota tentera.
-- BERNAMA