awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS ulangi pendirian sokong protes aman di China

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2022
03:20 MYT
AS ulangi pendirian sokong protes aman di China
Orang ramai berbaris sambil memegang kertas putih dan bunga sebagai tanda protes terhadap sekatan COVID-19 di tanah besar China, pada 28 November 2022. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Joe Biden mengulangi pendirian bahawa ia menyokong protes aman yang berlaku di China.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby berkata, AS sentiasa berpegang kepada hak perhimpunan bebas dan bantahan aman.
"Kami menegaskan semula apa yang kami percaya dalam soal perhimpunan bebas dan bantahan aman.
"Kami telah melakukannya dan akan terus melakukannya sama ada bantahan di Iran atau China atau di mana-mana sahaja.
"Tiada apa yang berubah tentang kepercayaan teguh Presiden terhadap kuasa demokrasi dan institusi demokrasi.
"Kami jelas dan konsisten, dan saya fikir anda akan melihatnya berterusan," kata Kirby.
Demonstrasi yang meluas tidak pernah berlaku sebelum ini di China sejak tentera menumpaskan gerakan pro-demokrasi yang diketuai pelajar pada 1989 di Dataran Tiananmen di Beijing.
Kebanyakan penunjuk perasaan menumpukan kemarahan mereka kepada sekatan yang berlarutan selama berbulan-bulan dan dikritik sebagai tidak saintifik dan tidak berkesan.
Ada yang memprotes bahawa sistem berkenaan gagal memenuhi keperluan mereka.
Semua peserta demonstrasi melaungkan peletakan jawatan Xi Jinping sebagai Presiden dan pengakhiran pemerintahan parti komunis selama 73 tahun.
Langkah ketat China pada asalnya diterima untuk meminimumkan kematian ketika negara lain mengalami gelombang jangkitan yang dahsyat, tetapi konsensus itu mula bercelaru dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Protes Sifar COVID | Amerika Syarikat ulangi pendirian sokong protes aman di China
Topic Berkaitan
#John Kirby
#Protes Aman
#perhimpunan bebas
#bantahan aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan