Skip to main content

Dunia

Ulle Madise angkat sumpah sebagai Presiden Estonia

Ulle Madise selepas majlis angkat sumpah jawatan di Parlimen di Tallinn, Estonia, 12 Okt 2026. REUTERS
Ulle Madise selepas majlis angkat sumpah jawatan di Parlimen di Tallinn, Estonia, 12 Okt 2026. REUTERS

Advertisement

ISTANBUL: Ulle Madise, bekas Canselor Kehakiman Estonia, secara rasmi memulakan tugas sebagai presiden negara itu pada Isnin dalam satu majlis di Parlimen di Tallinn, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar awam Estonia, ERR.

Madise mengangkat sumpah jawatan di Dewan Persidangan Riigikogu, Parlimen Estonia, selepas Presiden yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya, Alar Karis, menyampaikan ucapan terakhir sebagai ketua negara.

Madise kemudian menyampaikan ucapan sulungnya sebagai presiden.

Peguam berusia 51 tahun itu dipilih sebagai presiden menerusi undian sulit di parlimen dengan memperoleh 71 undi.

Dilahirkan dan mendapat pendidikan di Tartu, Madise pernah memegang beberapa jawatan dalam sektor awam, termasuk di Kementerian Kehakiman, Jawatankuasa Perlembagaan Riigikogu dan Pejabat Audit Negara.

Beliau berkhidmat sebagai Canselor Kehakiman sejak 2015 dan dilantik semula untuk penggal kedua pada penghujung 2021.

Madise dicalonkan oleh 75 anggota parlimen yang mewakili Parti Reformasi, Eesti 200, Isamaa, Parti Demokratik Sosial serta ahli parlimen yang tidak bernaung di bawah mana-mana parti.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement