RIYADH: Lapan tahun lagi iaitu pada 2030, umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri sebanyak dua kali, berdasarkan kalendar Gregorian, kata seorang ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq.
Bulan Ramadan pertama pada 2030, kata beliau, akan disambut sekitar 5 Januari iaitu pada 1451 Hijrah sementara sambutan bulan puasa kedua bagi tahun 1452 Hijrah pula dijangka jatuh pada 26 Disember 2030.
Menurut laporan laman web Al Arabiya, keadaan ini berlaku disebabkan oleh fakta bahawa kalendar Hijrah Islam adalah berdasarkan kepada kitaran bulan sementara kalendar Gregorian pula menandakan laluan bumi yang mengelilingi matahari.
Berikutan perbezaan antara dua kalendar tersebut bermakna Ramadan akan jatuh dua kali berdasarkan kepada kalendar tahun Gregorian.
Perubahan ini, kata Khaled, akan berlaku setiap 30 tahun dengan kali terakhir adalah pada 1997 manakala sebelum itu, puasa dua kali disambut pada 1965.
Sementara pada 2063, dijangkakan situasi yang sama akan berlaku lagi.
Kalendar Gregorian mula digunakan pada tahun 1500-an.
Tidak seperti kalendar Gregorian yang mempunyai 365 hari setahun, calendar Hijrah hanya memiliki 354 atau 355 hari
Ini juga membawa maksud Ramadan jatuh pada musim yang berbeza pada setiap tahun dan mengambil masa selama 32 tahun bagi melengkapan pusingan tersebut.
Agensi
Wed Apr 13 2022
Lapan tahun lagi iaitu pada 2030, umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri sebanyak dua kali. - Gambar hiasan
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Umat Islam akan berpuasa dua kali setahun pada 2030
Ramadan pertama pada 2030 akan disambut 5 Januari sementara sambutan bulan puasa kedua pula dijangka jatuh pada 26 Disember 2030.