INTERNATIONAL

Umat Islam di Indonesia sambut Aidiladha pada 6 Jun - Kementerian Agama

Bernama 27/05/2025 | 14:23 MYT
Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini, menurut Menteri Agama Nasaruddin Umar. - BERNAMA
JAKARTA: Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini, menurut Menteri Agama Nasaruddin Umar.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas selesai mengadakan persidangan isbat untuk menentukan 1 Zulhijah 1446H dan Hari Raya Aidiladha di kementeriannya pada Selasa malam.

"Berdasarkan laporan yang diterima, disepakati bahawa tarikh 1 Zulhijah jatuh pada Rabu, 28 Mei 2025 dan 10 Zulhijah atau Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun 2025," katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan pengumuman itu, Indonesia bakal merayakan Aidiladha sehari lebih awal dari negara jiran Malaysia dan Singapura.

-- BERNAMA


#Umat Islam #Indonesia #Aidiladha #persidangan Isbat