awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam di Singapura sambut Aidilfitri 31 Mac

Bernama
Bernama
30/03/2025
12:29 MYT
Umat Islam di Singapura sambut Aidilfitri 31 Mac
Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan bahawa umat Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri pada Isnin (31 Mac). - Gambar hiasan/Pixabay
SINGAPURA: Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan bahawa umat Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri pada Isnin (31 Mac).
Beliau membuat pengumuman itu menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman sosial Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Ahad.
"Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kiraan imkanur rukyah yang dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS (Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura) anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura selama 48 minit setelah matahari terbenam petang tadi.
"Oleh yang demikian, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Syawal pada tahun 1446H jatuh pada esok, hari Isnin bersamaan 31 Mac 2025," katanya.
Beliau turut berharap umat Islam dianugerahkan keberkatan dan kemenangan hasil dari segala amal ibadah dan kebajikan yang telah diusahakan mereka sepanjang Ramadan lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Raya Puasa
#Aidilfitri
#Singapura
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan