KUALA LUMPUR: UMNO mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan seorang ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm baru-baru ini.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata dalam satu kenyataan, tanpa mengambil kira apakah niat sebenar pelaku, perbuatan keji Paludan adalah suatu provokasi jelas dan amat tidak menghormati masyarakat penganut Islam di seluruh dunia.
"Paludan juga dengan ketara telah menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dan ketika melakukannya beliau telah menjejaskan semangat kewujudan bersama secara aman dalam sebuah dunia yang mempunyai kepelbagaian agama.
"UMNO menggesa Kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap kebencian terhadap Islam yang dahsyat ini," kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Sementara itu Majlis Ulama UMNO turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan Paludan yang disifatkan sebagai ekstrem dan Islamofobik serta satu penghinaan terhadap agama Islam.
Pengerusi Majlis Ulama UMNO Datuk Dusuki Ahmad berkata penghinaan terhadap mana-mana agama jelas bertentangan dengan etika kemasyarakatan yang menghormati hak asasi manusia untuk mengamalkan agama anutan mereka.
Dusuki berkata tindakan melampau Paludan boleh menyuburkan lagi emosi kebencian sesama manusia dan merobek keamanan bermasyarakat selain boleh mencetuskan tindakan provokasi dan tindak balas termasuk keganasan.
Justeru, beliau menuntut agar Kerajaan Sweden memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan masyarakat antarabangsa di atas kegagalan membendung kejadian itu berlaku di negara itu.
"(Majlis Ulama UMNO juga) menyeru para ulama dan umat Islam supaya terus mendoakan agar kebenaran Islam akan terus terserlah di seluruh dunia dan memberikan keselamatan kepada penganutnya di mana sahaja mereka berada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023
Ahmad Zahid berkata, perbuatan keji Paludan adalah suatu provokasi jelas dan amat tidak menghormati masyarakat penganut Islam di seluruh dunia. - Gambar fail
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
Denmark haramkan pembakaran al-Quran
Keselamatan negara menjadi 'sebab utama' pengharaman tersebut.
Kerajaan Sweden semak semula Akta Ketenteraman awam selepas insiden bakar al-Quran
Kerajaan Sweden akan menyemak semula Akta Ketenteraman Awam sebagai tindak balas kepada siri serangan berulang terhadap al-Quran.
Bakar al-Quran, Kedutaan Malaysia di Sweden keluar amaran perjalanan
Kedutaan Malaysia di Sweden mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat Malaysia yang tinggal atau melawat negara itu.
Jerman sifatkan pembakaran al-Quran adalah 'menghina, tidak wajar'
Serangan terhadap kitab suci umat Islam dilihat "berusaha untuk mewujudkan perpecahan," kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman Christiane Hoffmann pada Rabu.
Wanita kelahiran Iran bakar al-Quran di Stockholm
Bayrami Marjan mendakwa semua agama perlu dihapuskan selepas membakar kitab suci umat Islam itu.
Menteri Luar Arab Saudi bantah perbuatan cemarkan al-Quran
Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud menyuarakan bantahan kerajaan Arab Saudi terhadap semua percubaan untuk mencemarkan al-Quran.
Negara-negara Islam keluarkan respons bersama terhadap penghinaan al-Quran di Eropah - Turki
Negara-negara Islam akan memberikan respons kolektif terhadap demonstrasi membakar al-Quran di Eropah baru-baru.
PM Sweden bimbang demonstrasi berterusan bakar al-Quran
Serangan ke atas al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung banyak negara Islam termasuk Turki.
Jenayah kebencian bukan kebebasan ekspresi - Pakistan
Pakistan mengecam tindakan kumpulan pelampau mencemar naskhah al-Quran di Denmark.