DUNIA

AS umum bantuan senjata tambahan untuk Ukraine bernilai AS$325 juta

Bernama 20/04/2023 | 08:22 MYT
Menurut Blinken, bantuan itu penting untuk mengukuhkan pertahanan Ukraine di medan perang. - Fail/AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengumumkan pakej senjata tambahan untuk Ukraine bernilai AS$325 juta.

Menurut senarai daripada Jabatan Pertahanan (DoD), bahagian baharu bantuan keselamatan itu antara lain termasuk peluru tambahan untuk HIMARS, peluru artileri, sistem antiperisai, lebih sembilan juta butir peluru senjata kecil serta empat kenderaan sokongan logistik, lapor Xinhua.

Setiausaha Negara AS Antony Blinken dalam satu kenyataan berkata: "bantuan itu penting untuk mengukuhkan pertahanan Ukraine di medan perang".

Ini adalah pengeluaran peralatan ketenteraan ke-36 daripada inventori DoD untuk Ukraine sejak Ogos 2021.

-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #Ukraine #Antony Blinken #Rusia