awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine

Bernama
Bernama
13/12/2024
06:15 MYT
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Ketika tempoh jawatan Presiden Joe Biden hampir tamat, kebimbangan kian memuncak di Ukraine mengenai kemungkinan perubahan dalam dasar AS. - Gambar fail/ Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan Jabatan Negara AS pada Khamis.
Pakej bantuan terbaharu itu merangkumi sistem antidron, peluru untuk pelancar roket HIMARS dan kenderaan berperisai.
“Amerika Syarikat bersama lebih 50 negara lain berdiri teguh memastikan Ukraine memiliki keupayaan yang diperlukan untuk mempertahankan diri daripada pencerobohan Rusia,” menurut kenyataan itu.
Hanya beberapa hari lalu, kerajaan AS mengumumkan bantuan bernilai kira-kira US$988 juta.
Ketika tempoh jawatan Presiden Joe Biden hampir tamat, kebimbangan kian memuncak di Ukraine mengenai kemungkinan perubahan dalam dasar AS.
Presiden terpilih Donald Trump yang dijadual mengangkat sumpah pada 20 Jan, mungkin mengurangkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine secara drastik yang boleh melemahkan pertahanan Kyiv terhadap Rusia.
Dalam minggu-minggu terakhir pentadbiran Biden, AS sedang berusaha untuk mengagihkan semua dana yang diluluskan oleh Kongres kepada negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Amerika Syarikat
#bantuan ketenteraa
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan