[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
INTERNATIONAL

Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini

Astro Awani 28/12/2024 | 23:00 MYT
Pembaharuan ini diluluskan dengan majoriti besar di Parlimen Eropah pada Oktober 2022, menjadi peraturan pertama seumpamanya di dunia. - Foto REUTERS
UNDANG-undang pengecas universal Kesatuan Eropah (EU) berkuat kuasa pada Sabtu mewajibkan kebanyakan peranti elektronik baharu yang dijual di EU menggunakan pengecas USB-C sahaja.
Peraturan baharu ini menetapkan penyambung USB-C yang digunakan oleh peranti berasaskan android sebagai piawaian di seluruh blok 27 negara itu.
Ia memaksa Apple menukar port pengecasan untuk iPhone dan peranti lain.
Pembaharuan ini diluluskan dengan majoriti besar di Parlimen Eropah pada Oktober 2022, menjadi peraturan pertama seumpamanya di dunia.
Saiz pasaran EU yang besar dijangka membawa kepada perubahan serupa di negara lain.
#USB-C #pengecas peranti #EU #peraturan baharu