awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang pilihan raya perlu dikemaskini, pantau iklan politik dalam talian- TI

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2021
10:15 MYT
Undang-undang pilihan raya perlu dikemaskini, pantau iklan politik dalam talian- TI
Transparency International mendapati platform dalam talian seperti Facebook dan Google menjadi medium utama pengiklanan politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
KUALA LUMPUR: Setiap kerajaan sesebuah negara perlu mengemaskini undang-undang pilihan raya negara itu bagi memastikan pengiklanan politik dalam talian adalah sah, pembiayaan yang telus, dan sasaran mikro yang minimum.
Menurut laporan yang diterbitkan Transparency International (TI), platform dalam talian seperti Facebook dan Google menjadi medium utama pengiklanan politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Medium iklan itu telah merevolusikan politik serta membuka peluang kepada ahli politik untuk berhubung dengan pengundi.
Iklan dalam talian juga membantu ahli politik yang kekurangan sumber pembiayaan dan tidak terus bergantung kepada penderma kaya.
Pengiklanan politik dalam talian ditakrifkan sebagai komunikasi digital berbayar yang bertujuan mempengaruhi keputusan pemilih atau pemegang jawatan politik mengenai hal-hal kepentingan awam.
Untuk rekod, perbelanjaan untuk pengiklanan digital pada Pilihan Raya Amerika Syarikat yang lalu telah memecah rekod sebanyak AS$1 bilion sehingga Februari 2020.
Beberapa minggu sebelum pemilihan pada November 2020, sekurang-kurangnya AS$3 bilion telah dibelanjakan untuk pengiklanan dalam talian.
Walaupun pengiklanan politik dalam talian lebih menonjol di Amerika Syarikat dan Eropah, ia turut menjadi kekuatan kepada ahli politik di negara-negara lain.
Namun, ia telah menjadikan peraturan pembiayaan politik secara konvensional semakin lapuk.
Kajian mendapati, enam dari 10 negara di seluruh dunia sama sekali tidak mempunyai sekatan terhadap iklan politik dalam talian.
Tanpa peraturan, iklan politik dalam talian mengancam ketelusan dan kebertanggungjawaban kewangan dalam proses politik.
Justeru, Trasparency International mencadangkan beberapa perkara:
1. Memastikan mesej politik yang sahih melalui proses pengesahan identiti, penggunaan akaun rasmi dan menghapuskan kandungan dalam talian yang tidak sah.
2. Memastikan platform dan pengiklan dalam talian bertanggungjawab untuk ketelusan iklan.
3. Meningkatkan barisan pelaporan kewangan oleh pelaku politik dan platform dalam talian.
4. Mengehadkan sasaran mikro dan meningkatkan standard perdagangan data peribadi.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#politik
#kerajaan
#Transparency International
#Global
#pengiklanan politik dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan