awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi UNSC bukti dunia bantah AS iktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu negara Israel

Bernama
Bernama
19/12/2017
20:17 MYT
Undi UNSC bukti dunia bantah AS iktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu negara Israel
Keputusan undi 14-1 pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung pengiktirafan Baitulmuqaddis menunjukkan dengan jelas penentangan antarabangsa terhadap tindakan Amerika Syarikat - foto Reuters
Keputusan undi 14-1 pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung pengiktirafan Baitulmuqadis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat (AS) menunjukkan dengan jelas penentangan antarabangsa terhadap tindakan negara itu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata Malaysia juga menyuarakan kekecewaannya terhadap tindakan AS menggunakan kuasa vetonya untuk menentang deraf resolusi yang dicadangkan Mesir semasa mesyuarat UNSC pada Isnin.
“Malaysia menegaskan sekali lagi bahawa isu Baitulmuqadis menjadi teras dalam perjuangan rakyat Palestin dan menyeru semua negara Anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu agar tidak mengikiraf sebarang cubaan untuk meminda sifat dan status Baitulmuqaddis.
“Malaysia mengalu-alukan inisiatif Turki dalam memanggil Mesyuarat Tergempar Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi membincangkan isu berkenaan dengan tujuan untuk membentangkan resolusi serupa,” kata kenyataan itu.
Pada 6 Dis, Presiden AS Donald Trump mengumumkan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan mengeluarkan arahan agar kedutaan negara itu dipindahkan dari Tel Aviv ke kota suci berkenaan.
Tindakan Trump itu menimbulkan kemarahan rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#AS
#Baitulmuqaddis
#Donald Trump
#Israel
#Kementerian Luar
#Malaysia
#Mesir
#Palestin
#Palestine
#PBB
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan