awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undian resolusi tuntut iktiraf Palestin sebagai negara anggota PBB esok

Bernama
Bernama
09/05/2024
15:02 MYT
Undian resolusi tuntut iktiraf Palestin sebagai negara anggota PBB esok
Palestin sudahpun memenuhi syarat-syarat untuk penerimaan keahlian yang dinyatakan dalam Artikel 4 Piagam PBB. - Gambar fail/EPA
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengundi pada Jumaat berhubung resolusi menuntut pengiktirafan Palestin sebagai negara anggota penuh badan dunia itu, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
Undian mengenai resolusi itu akan berlangsung semasa Perhimpunan Agung dianggotai 193 negara kira-kira 10 pagi waktu New York.
Ia juga bertindak sebagai tinjauan global bagi menyokong permohonan keanggotaan penuh Palestin dalam organisasi antarabangsa tersebut.
Pembantu Menteri Luar Palestin untuk PBB dan agensinya, Omar Awadallah memaklumkan kepada WAFA bahawa Palestin memenuhi syarat-syarat untuk penerimaan keahlian yang dinyatakan dalam Artikel 4 Piagam PBB.
Resolusi itu perlu mendapatkan undi dua pertiga di Perhimpunan Agung untuk diluluskan.
Awadallah menjelaskan bahawa pengiktirafan Perhimpunan Agung terhadap Palestin sebagai negara anggota penuh antara lain membolehkan ia duduk bersama negara anggota lain mengikut abjad, bercakap mengenai sebarang agenda di PBB dan mengemukakan resolusi atas namanya.
Beliau juga mengesahkan hak Palestin untuk menjadi negara anggota penuh dan menentukan nasib sendiri, sambil menyatakan bahawa 144 negara mengiktiraf Palestin dan ia memenuhi semua kewajipan dan tanggungjawab dalam institusi PBB yang diperlukan untuk keanggotaan penuh.
Ketika ini, Palestin memegang status negara pemerhati tetap, status yang diberikan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2012.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#undian
#iktiraf negara
#PBB
#New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan