DUNIA
UNESCO lancar muzium maya pertama dunia bagi objek budaya yang dicuri
Muzium maya ini mempamerkan lebih 200 objek budaya yang dicuri, merangkumi artifak bersejarah dan elemen seni bina hingga inskripsi dan mata wang purba, serta alat muzik, buku nadir, manuskrip dan arkib. - Foto Facebook UNESCO
PARIS: UNESCO pada Isnin melancarkan muzium maya pertama di dunia bagi objek budaya yang dicuri semasa MONDIACULT 2025 yang diadakan di Barcelona, Sepanyol, menurut laman webnya, lapor Xinhua.
Inisiatif itu bertujuan melindungi warisan bersama dunia serta memerangi kegiatan rompakan dan pemerdagangan haram harta budaya.
Dengan menggunakan teknologi inovatif seperti pemodelan 3D dan realiti maya, muzium maya itu membina semula dan mempamerkan secara digital objek budaya yang dicuri, dipilih oleh negara anggota.
Platform ini turut memuatkan naratif, kandungan pendidikan dan testimoni daripada komuniti terjejas, yang menekankan kepentingan budaya dan sejarah objek tersebut.
Satu galeri khas yang dikhususkan untuk kes pemulangan semula yang berjaya turut menekankan kepentingan amalan terbaik dan kerjasama antarabangsa dalam usaha mengembalikan harta budaya.
Muzium itu kini mempamerkan lebih 200 objek budaya yang dicuri, merangkumi artifak bersejarah dan elemen seni bina hingga inskripsi dan mata wang purba, serta alat muzik, buku nadir, manuskrip dan arkib.
Antara pameran yang ditonjolkan ialah empat Arhat gangsa yang dicuri dari China, masing-masing berasal dari Dinasti Ming dan mempunyai ciri unik tersendiri.
-- BERNAMA