awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
Laut Pengkalan Sungai Sekawang permata tersembunyi buat kaki pancing
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA: Debat umum pemimpin dunia buka tirai hari ini

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2020
23:08 MYT
UNGA: Debat umum pemimpin dunia buka tirai hari ini
Antonio Guterres (kiri) dan Presiden Perhimpunan Agung Volkan Bozkir, dari Turki, berbual sebelum persidangan bermula di PBB, 21 Sept, 2020. (Foto AP)
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal membuat penampilan sulung sebagai pemimpin negara pada debat umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-75 yang bermula hari ini.
Perhimpunan itu bagaimanapun dijangka kurang mencapai kerjasama diplomasi yang efektif memandangkan kebanyakan pemimpin dunia tidak akan bertemu secara bersemuka, akibat pandemik COVID-19.
Kali ini, hanya 210 orang dibenarkan dalam dewan perhimpunan PBB di New York, berbanding 2,500 sebelum ini.
Kebanyakan ucapan pemimpin dunia hanya akan disampaikan menerusi rakaman video.
Selain kekangan akibat COVID-19, PBB turut berdepan cabaran untuk memulihkan kerjasama dunia yang terkesan di sebalik hubungan geopolitik yang semakin rapuh antara kuasa global.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam ucapan pembukaannya mengingatkan semula bahawa kerjasama erat masyarakat global diperlukan bagi menangani isu-isu mendesak seperti ketaksamaan gender, perubahan iklim dan kemiskinan.
“Ketaksamaan gender masih menjadi cabaran utama kepada hak asasi manusia di serata dunia. Perubahan iklim masih menjadi ancaman, biodiversiti semakin merosot, kemiskinan kian meningkat.
“Kebencian pula tersebar luas, ketegangan geopolitik semakin hangat dan senjata nuklear masih menjadi ancaman.
“Transformasi teknologi telah membuka pelbagai peluang baharu, namun dalam masa sama mendedahkan ancaman baharu.
"Pandemik COVID-19 juga mendedahkan kelemahan dunia. Kita hanya boleh menanganinya bersama,” katanya.
Hari pertama debat umum bakal bermula dengan perutusan oleh kuasa global daripada Majlis Keselamatan PBB, termasuk Amerika Syarikat, China, Rusia, Perancis dan Iran.
Rakaman perutusan Muhyiddin pula dijangka dipamerkan pada hari terakhir debat umum, iaitu pada 26 September.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#China
#debat
#Iran
#kerjasama diplomasi
#keselamatan
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#New York
#pandemik
#PBB
#perhimpunan
#Rusia
#UNGA
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan