awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar

Fareez Azman
Fareez Azman
22/09/2023
16:47 MYT
UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan memberikan mesej berbahaya kepada kemanusiaan. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Tindakan membakar kitab suci al-Quran, serta kebencian terhadap umat Islam sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab serta membawa mesej berbahaya kepada kemanusiaan.
Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York pada Jumaat.
"Kami menyuarakan kebimbangan berikutan wujud perkauman bentuk baharu dikenali sebagai xenofobia, iaitu pemprofilan dan stereotaip terhadap umat Islam... Trend kebencian, tidak toleransi dan keganasan terhadap umat Islam dan kitab suci al-Quran.
"Kami terkejut dengan pengesahan tindakan ini di bawah pembelaan hak asasi manusia. Tindakan membakar al-Quran adalah tindakan Islamofobia yang jelas menimbulkan kebencian.
"Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan memberikan mesej berbahaya kepada kemanusiaan," tegasnya.
Justeru, Malaysia menyeru semua masyarakat dunia agar menerapkan nilai penerimaan, toleransi dan saling menghormati.
Dunia, tegas Anwar, perlu mempromosikan persefahaman dan kerjasama antara budaya, tamadun dan agama bagi memastikan keamanan dan keharmonian antara negara.
"Ini sememangnya satu pesanan, mengapa kita berada di sini. Saya percaya jika kita memberikan komitmen secara kolektif daripada komuniti global, kesemua negara dalam perhimpunan ini, ini bukan satu cabaran untuk diselesaikan.
"Apa yang kita perlukan adalah kepercayaan dan kesungguhan untuk menjadikan dunia ini lebih baik, kemahuan untuk bekerjasama atas landasan permuafakatan dan perpaduan," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#UNGA
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Islamophobia
#xenophobia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan