awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA ke-77: Dunia berdepan cabaran, harapan masih wujud

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2022
00:30 MYT
UNGA ke-77: Dunia berdepan cabaran, harapan masih wujud
Perang di Ukraine, konflik di seluruh dunia, kecemasan iklim dan situasi kemarau, menjejaskan sasaran PBB untuk menamatkan kemiskinan tegar menjelang 2030. - Foto AP
NEW YORK: Pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) jadi medan untuk pemimpin membangkitkan kebimbangan berkaitan ketidaktentuan global yang berlaku ketika ini.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam ucapan pembukaannya memberi amaran, negara-negara kini terperangkap dengan pelbagai masalah dan tidak sedia menangani cabaran baharu yang mengancam kehidupan.
Guterres bagaimanapun menekankan bahawa harapan masih wujud.
Beliau memberi contoh, perang di Ukraine, konflik di seluruh dunia, kecemasan iklim dan situasi kemarau, menjejaskan sasaran PBB untuk menamatkan kemiskinan tegar menjelang 2030.
"Perhatian dunia kekal fokus kepada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Perang ini telah mencetuskan kemusnahan dengan pencabulan hak asasi dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Laporan terbaharu mengenai tapak pengebumian sangat mengganggu. Pertempuran telah menyebabkan ribuan korban nyawa. Kita sedang melihat ancaman perpecahan antara barat dan selatan," katanya.
Guterres bertegas kerjasama dan dialog adalah satu-satunya jalan untuk mengekalkan keamanan global.
UNGA ke-77 adalah yang pertama diadakan secara fizikal pasca pandemik.
Pada 2020, UNGA berlangsung secara hidbrid.
Tahun ini UNGA mengumpulkan 150 ketua negara dijangka berucap di pentas UNGA.
Penganjuran tahun ini dibayangi dengan konflik Rusia-Ukraine yang mencetuskan krisis makanan.
Topic Berkaitan
#UNGA
#PBB
#ketidaktentuan global
#Antonio Guterres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan