awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA ke-78: Semua negara perlu bertanggungjawab corak dunia lebih baik - PM Anwar

Fareez Azman
Fareez Azman
22/09/2023
15:40 MYT
UNGA ke-78: Semua negara perlu bertanggungjawab corak dunia lebih baik - PM Anwar
Anwar menegaskan, semua negara di dunia ini perlu bertanggungjawab dalam mencorak dunia yang lebih baik untuk hari esok. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua negara di dunia ini perlu bertanggungjawab dalam mencorak dunia yang lebih baik untuk hari esok.
Demikian jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap menyampaikan kenyataan negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York pada Jumaat.
Jelasnya, kerjasama itu tidak mengira negara kuasa besar atau kecil, namun matlamatnya memastikan multilateralisme terus diperkukuh.
"Dunia dan masa depan kita adalah apa yang kita bayangkan dan bina. Malaysia percaya, kita boleh mencapainya dengan kepercayaan yang tinggi dan memperkukuh multilateralism.
"PBB boleh menjadi wadah bagi kita untuk mencorak masa depan lebih baik, daripada ketidaktentuan kepada yang lebih optimis, serta daripada kelemahan kepada daya tahan," katanya.
Memberi contoh acuan pentadbirannya, jelas Anwar, Malaysia MADANI diperkenal dengan nilai teras harmoni, ihsan, hormat, keyakinan, daya cipta, kesejahteran dan kemampanan.
Justeru, prinsip asas dan nilai yang sama, boleh dipakai dalam konteks hubungan antara negara-negara.
"Prinsip asas dan nilai moral ini juga terpakai dalam konteks hubungan kita dengan negara lain.
"Sama ada kumpulan G7, atau G20 atau G77, atau APEC, atau FTA terbesar di dunia, tidak dapat dinafikan bahawa kerjasama pelbagai hala adalah asas untuk sebarang penyelesaian yang berkesan dan mampan kepada krisis yang dihadapi dunia," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#UNGA
#Dunia
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan