DUNIA
UNGA: PBB benarkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berucap melalui video selepas AS tolak visa
Abbas juga akan dibenarkan berucap menerusi video pada sidang kemuncak yang dianjurkan Perancis dan Arab Saudi di PBB pada Isnin, bertujuan menggerakkan sokongan terhadap penyelesaian dua negara. - Gambar fail Reuters
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat, meluluskan usul yang membenarkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyampaikan ucapan pada sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kepada pemimpin dunia menerusi video minggu depan, selepas Amerika Syarikat (AS) enggan memberikan beliau visa untuk ke New York.
Usul berkenaan diluluskan dengan 145 undi menyokong, lima menentang dan enam berkecuali.
Ketetapan itu turut membenarkan Abbas dan pegawai kanan Palestin lain menyertai mesyuarat PBB secara video sepanjang tahun depan sekiranya mereka dihalang memasuki Amerika Syarikat.
Bulan lalu, Washington mengumumkan, Abbas bersama kira-kira 80 lagi rakyat Palestin akan terjejas susulan keputusan menolak atau membatalkan visa ahli Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) serta Pihak Berkuasa Palestin.
“Penentangan Amerika Syarikat terhadap usul ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan,” kata diplomat AS, Jonathan Shrier di hadapan perhimpunan sebelum pengundian.
“Pentadbiran Trump jelas dengan pendiriannya: PLO dan Pihak Berkuasa Palestin perlu dipertanggungjawabkan kerana gagal mematuhi komitmen di bawah Perjanjian Oslo, selain menggugat prospek keamanan.”
SIDANG KEMUNCAK DUA NEGARA
Abbas juga akan dibenarkan berucap menerusi video pada sidang kemuncak yang dianjurkan Perancis dan Arab Saudi di PBB pada Isnin, bertujuan menggerakkan sokongan terhadap penyelesaian dua negara.
Beberapa negara dijangka mengumumkan pengiktirafan rasmi terhadap negara Palestin pada mesyuarat itu.
Dalam perkembangan sama, Perhimpunan Agung yang dianggotai 193 negara turut bersetuju secara konsensus untuk membenarkan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menyertai sidang berkenaan secara video. - Agensi