DUNIA
UNGA80: Kemenangan moral untuk Palestin, tiada jaminan genosid berakhir - Penganalisis
Dewan Perhimpunan Agung PBB di ibu pejabat PBB, New York. - Gambar fail/Reuters/Eric Thayer
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-80 tidak menjamin genosid ke atas Palestin akan berjaya dihentikan.
Ringkasan AI
Namun, Pengarah Institut Pengantarabangsaan dan Kajian ASEAN (INTAS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Phar Kim Beng optimis dengan penambahan sokongan banyak negara untuk Palestin sekali gus disifatkan kemenangan moral yang boleh diraikan.
"Daripada segi strategik dan realiti, isu Palestin tidak boleh diselesaikan oleh UNGA. Tetapi daripada segi moral, sudah tentu dengan tambahan undian negara anggota Kesatuan Eropah (EU), yang mana 16 daripada 27 negara anggotanya telah beri sokongan kepada Palestin.
“Suka atau tidak suka, isu Palestin ini akan jadi lebih mendapat perhatian jika ia terus ditonjolkan (di pentas PBB) dalam tempoh masa terdekat ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu, Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohamad Aslam berpandangan, persidangan UNGA kali ini menguji kredibiliti badan dunia itu untuk memenuhi mandat yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“Ketika kita gembira dengan pencapaian bebas daripada tercetusnya Perang Dunia sejak penubuhan PBB, tetapi siri-siri konflik, permusuhan yang berpanjangan, pembunuhan, genosid dan sebagainya yang semakin memuncak sejak kebelakangan ini menjadikan UNGA kali ini sangat signifikan.
“Jika kita dapat ambil tindakan yang signifikan untuk selamatkan dunia, inilah ketikanya. Tetapi jika tidak ada tindakan tuntas dilakukan pada persidangan ini, ia akan menjadikan persidangan UNGA kali ini sangat mengecewakan. Ini mungkin boleh membawa kepada kerosakan kepada institusi PBB dan menghilangkan kepercayaan masyarakat dunia terhadap PBB,” ujarnya.
UNGA ke-80 berlangsung dari 22 hingga 30 September, dengan Debat Umum yang akan menyaksikan ucapan daripada ketua-ketua negara bermula pada 23 hingga 29 September.
Debat Umum ini berlangsung sehari selepas Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Penyelesaian Damai Isu Palestin dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara yang berlangsung di ibu pejabat PBB, New York pada Isnin.
Ia merupakan sebahagian daripada momentum ke arah usaha mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan menghentikan perang Israel ke atas Palestin yang sedang berlangsung.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- UNGA ke-80 tidak mampu menghentikan genosid terhadap Palestin secara strategik, namun sokongan moral semakin meningkat dengan tambahan undian dari negara anggota EU, menunjukkan solidariti global terhadap perjuangan Palestin. Persidangan kali ini menjadi ujian kredibiliti PBB dalam melaksanakan mandat Piagamnya, di tengah-tengah peningkatan konflik dan genosid yang berlarutan, yang boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat dunia terhadap institusi tersebut jika tiada tindakan konkrit diambil. Debat Umum UNGA dan persidangan berkaitan penyelesaian damai isu Palestin memberi momentum kepada usaha pengiktirafan negara Palestin yang merdeka serta menghentikan serangan Israel, menjadikan UNGA kali ini sangat signifikan dalam konteks geopolitik semasa.