awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNHCR perketat perbelanjaan susulan pembekuan bantuan AS

Bernama
Bernama
29/01/2025
21:30 MYT
UNHCR perketat perbelanjaan susulan pembekuan bantuan AS
Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filippo Grandi telah mengeluarkan arahan menerusi e-mel agar pengambilan pekerja baharu dan perjalanan antarabangsa dihentikan buat sementara waktu.
GENEVA: Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) telah mengambil langkah penjimatan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan penggantungan bantuan kemanusiaan, lapor agensi berita Jerman dpa.
"Walaupun kami masih menilai kesan keputusan pentadbiran baharu AS, termasuk kemungkinan pengecualian, kami sedang melaksanakan beberapa langkah berjaga-jaga sementara bagi mengurangkan kesan ketidakpastian pembiayaan ini," kata jurucakap UNHCR pada Rabu.
Akhbar Britain The Guardian sebelum ini melaporkan, Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filippo Grandi telah mengeluarkan arahan menerusi e-mel agar pengambilan pekerja baharu dan perjalanan antarabangsa dihentikan buat sementara waktu.
Beliau juga menggantung pesanan bekalan baharu, kecuali bagi keperluan bantuan kecemasan, menurut laporan akhbar itu.
Bagaimanapun, UNHCR enggan mengulas mengenai e-mel berkenaan.
Amerika Syarikat menyumbang kira-kira satu perlima daripada bajet UNHCR, yang mempunyai sekitar 20,000 kakitangan dan membantu lebih 120 juta pelarian di seluruh dunia.
Pada 2024, AS telah membayar lebih AS$2 bilion kepada UNHCR.
Jabatan Negara AS mengumumkan pembekuan sementara bantuan luar pada Ahad, namun terdapat kekeliruan di Washington dan peringkat antarabangsa mengenai program yang terjejas akibat langkah itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNHCR
#penjimatan
#bantuan kemanusiaan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan