INTERNATIONAL
UNHCR tutup pejabat di Angola akibat kekurangan dana
UNHCR akan menutup pejabatnya di Angola pada suku akhir 2025 akibat kekurangan dana berikutan penurunan pembiayaan global.
LUSAKA: Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) akan menutup pejabatnya di Angola pada suku terakhir tahun 2025 disebabkan kekurangan dana berikutan penurunan dalam pembiayaan dan sumbangan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Wakil UNHCR di Angola, Emmanuelle Mitte, berkata "situasi global" telah menyebabkan agensi itu berdepan kekangan kewangan, yang menjejaskan usaha membantu pelarian dan pelaksanaan penuh operasi pejabat berkenaan.
Namun begitu, Mitte memberi jaminan bahawa penutupan pejabat itu tidak akan menjejaskan sokongan UNHCR kepada kerajaan Angola dalam memberi bantuan kepada lebih 56,000 pelarian, memandangkan agensi itu merancang untuk membuka sebuah pejabat di Afrika Selatan bagi menyelia aktiviti UNHCR di Angola, lapor Agensi Berita Angola.
Mitte menambah bahawa beberapa dana juga sedang digerakkan untuk mewujudkan sebuah "pejabat kecil" di Angola yang akan dikendalikan oleh dua pegawai.
UNHCR di Angola kini mengurus kira-kira 56,000 pelarian daripada pelbagai kewarganegaraan, kebanyakannya dari negara jiran, Republik Demokratik Congo.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- UNHCR akan menutup pejabatnya di Angola pada suku akhir 2025 akibat kekurangan dana berikutan penurunan pembiayaan global.
- Walaupun pejabat ditutup, UNHCR akan terus menyokong kerajaan Angola melalui pejabat baharu di Afrika Selatan dan sebuah pejabat kecil di Angola yang dikendalikan oleh dua pegawai.
- UNHCR kini membantu lebih 56,000 pelarian di Angola, kebanyakannya dari Republik Demokratik Congo, dan berusaha memastikan bantuan tetap diteruskan.