UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dengan kerjasama Finland, mengumumkan sumbangan sebanyak 2.7 juta euro bagi membantu kanak-kanak di Syria.
DAMSYIK: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dengan kerjasama Finland, mengumumkan sumbangan sebanyak 2.7 juta euro bagi membantu kanak-kanak di Syria, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Ringkasan AI
- UNICEF dan Finland sumbang 2.7 juta euro untuk bantu kanak-kanak di Syria; membantu golongan OKU dan terjejas konflik serta perpindahan.
- Pelaburan dalam pendidikan inklusif dan perlindungan kanak-kanak penting untuk bina masa depan lebih baik di Syria.
- UNICEF perlukan kepimpinan kuat dan perkongsian mampan untuk letakkan kanak-kanak di landasan pemulihan.
Pelaburan dalam pendidikan inklusif dan perlindungan kanak-kanak akan menyumbang kepada pembinaan masa depan yang lebih baik buat kanak-kanak di Syria, katanya.
Wakil UNICEF itu turut menegaskan bahawa usaha meletakkan kanak-kanak di landasan pemulihan memerlukan kepimpinan nasional yang kuat serta perkongsian mampan.
Beliau menyatakan bahawa sokongan Finland akan membolehkan UNICEF bekerjasama dengan kerajaan untuk memperkukuh sistem, memperluas perkhidmatan inklusif, dan memastikan akses bagi kanak-kanak yang paling rentan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


