DUNIA
UNIFIL sahkan keputusan PBB kurangkan tentera secara global jejas aktiviti di selatan Lubnan
ARDIEL: Kami akan melakukan segala yang mungkin untuk mengurangkan kesannya dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Lubnan dan negara penyumbang pasukan untuk melaksanakan perubahan dengan cara yang paling kurang mengganggu.- Foto Kandice Ardiel
BEIRUT: Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) mengesahkan keputusan PBB untuk mengurangkan pasukan pengaman satu per empat dalam 11 operasi di seluruh dunia dalam beberapa bulan akan datang akibat kekurangan bajet, akan memberi kesan kepada aktiviti pasukan itu di selatan Lubnan.
Dalam kenyataannya kepada Agensi Berita Qatar (QNA), jurucakap UNIFIL Kandice Ardiel berkata mereka masih mengkaji maksud kekurangan bajet pengaman kepada UNIFIL.
"Namun kami tahu kami perlu membuat beberapa keputusan yang sukar. Kami sedang memuktamadkan rancangan tetapi kami tahu ini akan memberi impak secara langsung kepada aktiviti kami dan memerlukan pelarasan.
"Walau bagaimanapun, kami akan melakukan segala yang mungkin untuk mengurangkan kesannya dan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Lubnan dan negara penyumbang pasukan kami untuk melaksanakan sebarang perubahan dengan cara yang paling kurang mengganggu," katanya.
Mengakhiri kenyataannya kepada QNA, beliau menegaskan komitmen untuk terus melaksanakan tugas teras yang ditetapkan dalam Resolusi Majlis Keselamatan PBB dan untuk meneruskan penyelarasan dengan pihak berkuasa Lubnan dan negara penyumbang bagi mengehadkan kesan resolusi itu terhadap kerja misi itu.
PBB sedang bersiap sedia untuk mengurangkan bilangan pasukan pengaman di seluruh dunia sebanyak 25 peratus dalam beberapa bulan akan datang atau antara 13,000 dan 14,000 tentera dan polis, disebabkan kekurangan dana berikutan tindakan AS mengurangkan separuh sumbangannya.
Pengurangan itu termasuk misi di negara termasuk Congo, Lubnan, Sudan Selatan dan Republik Afrika Tengah.
-- BERNAMA