awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNIFIL seru percepat pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan

Bernama
Bernama
24/12/2024
10:04 MYT
UNIFIL seru percepat pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan
UNIFIL turut menegaskan komitmen mereka untuk terus memantau dan melaporkan sebarang pelanggaran Resolusi 1701. Foto menunjukkan impak serangan Israel di kejiranan Dahiyeh, di selatan Lubnan pada November lalu. - AP
NEW YORK: Mejar Jeneral Aroldo Lazaro Saenz, Ketua Misi dan Komander Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), menegaskan kepentingan mempercepatkan kemajuan pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan serta memperkukuh penempatan tentera Lubnan di wilayah itu.
Kenyataan ini dibuat semasa pertemuan beliau dengan Perdana Menteri sementara Lubnan Najib Mikati dan Panglima Angkatan Tentera Lubnan Jeneral Joseph Aoun di ibu pejabat UNIFIL di Sektor Timur, Ibl al-Saqi, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Kedua-dua pihak turut melawat bandar Al-Khiyam, yang baru-baru ini dikosongkan oleh tentera Israel, dengan tentera Lubnan kini ditempatkan di kawasan itu dengan sokongan UNIFIL.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru agar semua pihak menghentikan pelanggaran Resolusi 1701 dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menggugat usaha penghentian permusuhan serta kestabilan rapuh yang sedang berlaku.
UNIFIL turut menegaskan komitmen mereka untuk terus memantau dan melaporkan sebarang pelanggaran Resolusi 1701, selain menyokong usaha konsisten ke arah mencapai penghentian permusuhan sepenuhnya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UNIFIL
#selatan Lubnan
#pengunduran tentera
#Israel
#Najib Mikati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan