DUNIA

Universiti Korea Selatan kuat kuasa dasar baharu, tolak calon ada rekod buli

Astro Awani 04/11/2025 | 09:23 MYT
Enam universiti utama Korea Selatan menolak 45 calon untuk sesi kemasukan 2025 disebabkan rekod kes buli semasa persekolahan. -Foto hiasan/Reuters
SEOUL: Enam universiti utama Korea Selatan termasuk Universiti Kebangsaan Seoul (SNU) menolak 45 calon bagi sesi kemasukan 2025 selepas didapati mempunyai rekod kes buli semasa persekolahan, menurut data yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Parti Rebuilding Korea, Kang Kyung-sook.


Ringkasan AI
  • Enam universiti utama Korea Selatan menolak 45 calon untuk sesi kemasukan 2025 disebabkan rekod kes buli semasa persekolahan, menunjukkan penekanan baru pada aspek sahsiah dan disiplin calon selain pencapaian akademik.
  • Dua calon berprestasi tinggi ditolak masuk ke Universiti Kebangsaan Seoul (SNU) disebabkan terlibat dalam insiden keganasan sekolah, menggambarkan kepentingan rekod buli sekolah dalam proses pemilihan pelajar baharu.
  • Langkah wajib mengambil kira rekod buli sekolah bermula tahun 2026 di Korea Selatan mendapat sokongan positif daripada masyarakat, menekankan pentingnya pembentukan insan bertanggungjawab dan berintegriti dalam pendidikan.


Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Langkah itu menandakan perubahan ketara dalam dasar pengambilan pelajar institusi pengajian tinggi negara tersebut, yang kini memberi penekanan bukan sahaja kepada pencapaian akademik, tetapi juga rekod sahsiah dan disiplin calon.

Dua daripada calon yang ditolak merupakan pelajar berprestasi tinggi yang memohon melalui laluan Ujian Keupayaan Masuk Kolej (CSAT) ke SNU, namun ditolak kerana mempunyai rekod rasmi terlibat dalam insiden keganasan sekolah.

Mulai tahun 2026, semua universiti di Korea Selatan diwajibkan mengambil kira rekod buli sekolah dalam proses pemilihan pelajar baharu, selaras dengan dasar baharu Kementerian Pendidikan yang bertujuan membanteras budaya buli dari peringkat awal pendidikan.

Langkah ini menerima sambutan positif daripada masyarakat umum termasuk ibu bapa dan pendidik, yang melihatnya sebagai usaha serius untuk memupuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan beretika.

“Pendidikan bukan sekadar soal gred. Ia juga tentang membentuk insan yang bertanggungjawab dan berintegriti,” kata jurucakap Kementerian Pendidikan kepada media tempatan.

Menurut laporan The Korea Herald, dasar ini turut disokong oleh majoriti rakyat Korea Selatan yang semakin prihatin terhadap peningkatan kes buli sekolah yang sebelum ini sering tidak diberi perhatian sewajarnya oleh institusi pendidikan.

Sementara itu, pihak universiti menyatakan bahawa proses semakan latar belakang calon dilakukan secara telus dan berpandukan rekod rasmi yang disahkan oleh pihak sekolah serta pihak berkuasa pendidikan tempatan.







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh enam universiti utama Korea Selatan, termasuk Universiti Kebangsaan Seoul (SNU) bagi sesi kemasukan 2025?
    A: Menolak 45 calon selepas mendapati rekod kes buli semasa persekolahan.
  • Q: Berapakah jumlah calon yang ditolak kerana mempunyai rekod rasmi terlibat dalam insiden keganasan sekolah?
    A: Dua daripada calon yang ditolak merupakan pelajar berprestasi tinggi yang memohon melalui laluan Ujian Keupayaan Masuk Kolej (CSAT) ke SNU.
  • Q: Apa tujuan dasar baharu Kementerian Pendidikan Korea Selatan yang diumumkan untuk tahun 2026?
    A: Membanteras budaya buli dari peringkat awal pendidikan dengan memasukkan rekod buli sekolah dalam proses pemilihan pelajar baharu di semua universiti di negara tersebut.
  • Q: Siapakah yang memberi sambutan positif terhadap langkah mengambil kira rekod buli sekolah dalam proses pemilihan pelajar baharu di universiti Korea Selatan?
    A: Masyarakat umum termasuk ibu bapa dan pendidik, yang melihatnya sebagai usaha serius untuk memupuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan beretika.
  • Q: Bagaimanakah proses semakan latar belakang calon dilakukan oleh pihak universiti di Korea Selatan?
    A: Dilakukan secara telus dan berpandukan rekod rasmi yang disahkan oleh pihak sekolah serta pihak berkuasa pendidikan tempatan.



#universiti Korea Selatan #tolak calon #sesi kemasukan #kes buli di sekolah