DUNIA

UNRWA beri amaran kebuluran tragedi terbaharu menimpa rakyat di Gaza

Bernama 25/08/2025 | 00:40 MYT
Israel digesa supaya menghentikan usaha mempromosi dan menyebarkan naratif yang mengelirukan serta membenarkan pertubuhan kemanusiaan menyalurkan bantuan tanpa sekatan. - Gambar fail
NEW YORK: Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata, kebuluran kini menjadi malapetaka terbaharu yang menimpa rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X, Lazzarini menggambarkan keadaan di Gaza sebagai "neraka sedang menzahirkan dirinya dalam semua bentuk di Gaza."

Beliau juga menekankan, "penafian adalah bentuk paling keji dalam proses penyahmanusiaan."

Lazzarini menggesa Israel supaya menghentikan usaha mempromosi dan menyebarkan naratif yang mengelirukan serta membenarkan pertubuhan kemanusiaan menyalurkan bantuan tanpa sekatan.

Beliau turut menyeru supaya wartawan antarabangsa diberikan akses untuk membuat liputan secara bebas dari dalam Gaza.

-- BERNAMA


#kebuluran Gaza #malapetaka #UNRWA #krisis kemanusiaan