DUNIA
UNRWA desak PBB ambil alih agihan bantuan Gaza
UNRWA menggesa agar pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza dikendalikan semula oleh PBB susulan insiden kematian dan kecederaan di pusat agihan yang dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF). -Foto X UNRWA
GAZA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menggesa agar pengagihan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza dikendalikan semula oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ringkasan AI
Ia susulan insiden kematian dan kecederaan yang semakin meningkat di pusat agihan yang dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF).
Dalam hantaran rasmi di platform X pada 3 Julai, UNRWA berkata rakyat Gaza berada dalam keadaan terdesak dan berisiko tinggi ketika cuba mendapatkan makanan yang terhad.
“Apabila cuba mendapatkan makanan yang dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa Israel, mereka telah ditembak dan dilanggar oleh trak,” menurut kenyataan itu.
UNRWA turut menyeru agar siasatan dijalankan terhadap insiden pembunuhan dan kecederaan yang berlaku ketika rakyat Palestin cuba mendapatkan bantuan makanan melalui mekanisme agihan yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Sebelum ini, sistem agihan yang dikendalikan oleh PBB beroperasi di lebih 400 lokasi di seluruh Gaza.
Namun, sistem baharu yang dikendalikan oleh GHF hanya beroperasi di empat “mega-site” — tiga di selatan dan satu di tengah Gaza — tanpa sebarang pusat di kawasan utara yang paling terjejas.
“Pengagihan bantuan mesti dilakukan secara selamat, bermaruah dan boleh diakses oleh semua.
"Biarlah PBB, termasuk UNRWA, yang melaksanakan tugas ini,” tegas agensi itu dalam hantaran berkenaan.
UNRWA juga mengulangi gesaannya agar sekatan ke atas Gaza segera ditamatkan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan secara berkesan dan adil kepada semua penduduk yang terjejas.
Ringkasan AI
- UNRWA menggesa agar pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza dikendalikan semula oleh PBB susulan insiden kematian dan kecederaan di pusat agihan yang dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF).
- Rakyat Gaza dilapor ditembak dan dilanggar trak ketika cuba mendapatkan makanan yang dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa Israel, dan UNRWA menyeru siasatan dijalankan terhadap insiden tersebut.
- UNRWA menekankan bahawa bantuan mesti diagihkan secara selamat dan bermaruah, serta mengulangi gesaan agar sekatan ke atas Gaza ditamatkan bagi membolehkan bantuan disalurkan secara adil.