23 Delegasi Malaysia Bebas dari Israel, Kini di Istanbul untuk Pemeriksaan & Sokongan – Ikuti Perkembangan Terkini di sini
DUNIA

UNRWA desak sekatan Israel ke atas Gaza dibatalkan bagi tangani kebuluran

Bernama 05/10/2025 | 03:00 MYT
Agensi itu turut menuntut supaya kakitangan antarabangsa dibenarkan masuk bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan menangani krisis kemanusiaan dan kebuluran yang dahsyat di enklaf itu. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) pada Sabtu menyeru agar sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza ditarik balik, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Agensi itu turut menuntut supaya kakitangan antarabangsa dibenarkan masuk bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan menangani krisis kemanusiaan dan kebuluran yang dahsyat di enklaf itu.

Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini dalam hantaran di platform X berkata terdapat momentum yang dialu-alukan dan jarang berlaku untuk mencapai gencatan senjata kekal di Gaza serta membuka jalan ke arah penyelesaian jangka panjang bagi menamatkan konflik berdekad lamanya di wilayah Palestin yang bergolak itu.

Beliau menegaskan bahawa perkembangan tersebut membawa sinar harapan dan membolehkan UNRWA segera bertindak menangani kebuluran serta penderitaan lebih dua juta penduduk yang berdepan keperluan kemanusiaan amat kritikal.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pasukan pendudukan Israel terus melancarkan serangan besar-besaran terhadap rakyat Palestin di Gaza, yang mengorbankan 67,074 nyawa dan mencederakan 169,430 orang, di tengah-tengah keadaan kemanusiaan yang amat genting akibat sekatan Israel ke atas wilayah itu.

-- BERNAMA





#UNRWA #Gaza #sekatan Israel #Philippe Lazzarini