INTERNATIONAL
UNRWA kecam serbuan, penutupan sekolah PBB di Baitulmaqdis Timur
UNRWA terpaksa memindahkan semua kanak-kanak di enam sekolah yang dikendalikannya di Baitulmaqdis Timur akibat serbuan tersebut. - Gambar fail/ AP
NEW YORK: Tiga sekolah UNRWA di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki telah diserbu oleh tentera Israel lengkap bersenjata, memaksa lebih 550 pelajar meninggalkan bilik darjah, kata Ketua Pesuruhjaya Agungnya Philippe Lazzarini, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Ringkasan AI
Lazzarini menerusi hantaran di platform X menyifatkan serbuan itu sebagai "serangan terhadap kanak-kanak dan pendidikan" serta "pengabaian terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa."
"Akibatnya, UNRWA terpaksa memindahkan semua kanak-kanak di enam sekolah yang dikendalikannya di Baitulmuqaddis Timur," katanya.
Beliau turut mengesahkan seorang kakitangan UNRWA telah ditahan.
"Kini, hampir 800 kanak-kanak perempuan dan lelaki - ada yang berumur seawal enam tahun - mengalami kejutan dan trauma," tambah Lazzarini.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Tiga sekolah UNRWA di Baitulmaqdis Timur diserbu oleh tentera Israel, menyebabkan lebih 550 pelajar terpaksa meninggalkan bilik darjah.
- UNRWA terpaksa memindahkan semua kanak-kanak di enam sekolah yang dikendalikannya di Baitulmaqdis Timur akibat serbuan tersebut.
- Hampir 800 kanak-kanak mengalami kejutan dan trauma, dan seorang kakitangan UNRWA telah ditahan.