awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNRWA: Kehidupan kanak-kanak Gaza dipenuhi kematian, kemusnahan

Bernama
Bernama
09/07/2025
02:30 MYT
UNRWA: Kehidupan kanak-kanak Gaza dipenuhi kematian, kemusnahan
Kanak-kanak di Semenanjung Gaza yang mewakili kira-kira separuh daripada jumlah penduduk di wilayah itu, menjalani kehidupan yang dipenuhi dengan "perang dan kemusnahan." - Gambar fail Reuters
NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menyatakan bahawa kanak-kanak di Semenanjung Gaza yang mewakili kira-kira separuh daripada jumlah penduduk di wilayah itu, menjalani kehidupan yang dipenuhi dengan "perang dan kemusnahan", lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dalam satu hantaran di X, UNRWA menjelaskan, anak-kanak di Gaza menghabiskan masa mereka di luar bilik darjah, terpaksa berulang kali melarikan diri dari rumah mereka dan hampir tidak mempunyai makanan untuk dimakan.
UNRWA turut memaklumkan, terdapat sejuta kanak-kanak di Gaza.
Agensi itu menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata di Gaza, sambil menegaskan bahawa keamanan adalah penting bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga demi masa depan yang lebih baik untuk seluruh rantau itu.
Menurut laporan hak asasi manusia, kanak-kanak dan wanita merupakan golongan paling terkesan akibat genosid berterusan yang telah memusnahkan sebahagian besar infrastruktur dan kehidupan harian di Gaza.
Untuk tahun kedua berturut-turut, kanak-kanak dinafikan peluang untuk bersekolah apabila tentera Israel memusnahkan kebanyakan institusi pendidikan manakala yang masih tinggal dijadikan tempat perlindungan untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNRWA
#kanak-kanak gaza
#bantuan kemanusiaan
#perang dan kemusnahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan