[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
DUNIA

UNSC akan adakan mesyuarat mengenai ketakjaminan makanan di Gaza

Bernama 16/06/2025 | 14:30 MYT
UNSC akan mengadakan sesi perundingan tertutup pada Isnin di bawah agenda "Perlindungan Orang Awam Dalam Konflik Bersenjata" bagi membincangkan isu ketakjaminan makanan di Gaza. - Gambar fail/REUTERS
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan sesi perundingan tertutup pada Isnin di bawah agenda "Perlindungan Orang Awam Dalam Konflik Bersenjata" bagi membincangkan isu ketakjaminan makanan di Gaza.
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), anggota UNSC dijangka mendengar taklimat daripada Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Joyce Msuya.
Majlis itu juga akan mengadakan sesi perundingan berasingan pada sebelah malam bagi membincangkan situasi kemanusiaan di Sudan.
-- BERNAMA
#UNSC #ketakjaminan makanan #mesyuarat #Gaza