awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNSC bimbang pos pasukan pengaman UNIFIL di Lubnan diserang Israel

Bernama
Bernama
15/10/2024
06:28 MYT
UNSC bimbang pos pasukan pengaman UNIFIL di Lubnan diserang Israel
UNSC sekali lagi menyatakan sokongan mereka terhadap UNIFIL, sambil menekankan peranan pentingnya dalam menyokong kestabilan serantau. - Gambar fail/ Reuters
WASHINGTON/NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin menggesa semua pihak agar menghormati keselamatan dan perlindungan pasukan pengaman PBB di Lubnan, berikutan ketegangan yang semakin memuncak di sepanjang "Blue Line," sempadan de facto antara Israel dan Lubnan, lapor Agensi Anadolu.
Duta Switzerland ke PBB, Pascale Baeriswyl selepas mesyuarat mengenai Lubnan, memaklumkan bahawa anggota UNSC menyuarakan kebimbangan mendalam selepas beberapa pos Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) diserang sejak beberapa hari lalu.
Membacakan kenyataan itu, Baeriswyl berkata UNSC sekali lagi menyatakan sokongan mereka terhadap UNIFIL, sambil menekankan peranan pentingnya dalam menyokong kestabilan serantau.
"Mereka turut menzahirkan kebimbangan terhadap korban dan penderitaan orang awam, kemusnahan infrastruktur, serta peningkatan jumlah penduduk yang hilang tempat tinggal. Mereka menyeru semua pihak supaya mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa," katanya.
Para anggota juga menekankan kepentingan usaha diplomatik untuk menamatkan konflik dengan berpanjangan serta membolehkan orang awam di kedua-dua bahagian "Blue Line" kembali dengan selamat ke kediaman mereka, katanya.
Minggu lalu, empat anggota pengaman UNIFIL cedera selepas pos mereka di selatan Lubnan dibedil oleh tentera Israel.
UNIFIL ditubuhkan sebagai pasukan interim pada 1978 bagi membantu memulihkan keamanan di rantau terbabit serta mengesahkan pengunduran Israel dari Lubnan.
Sejak 23 Sept, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran di seluruh Lubnan, menyasarkan apa yang didakwanya sebagai kedudukan Hizbullah, menyebabkan sekurang-kurangnya 1,500 orang terbunuh, lebih 4,500 cedera dan lebih 1.34 juta orang hilang tempat tinggal.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#UNIFIL
#lubnan
#UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan