awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNSC kemaskini konflik Israel-Palestin

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2018
22:34 MYT
UNSC kemaskini konflik Israel-Palestin
Susulan tekanan pentadbiran baharu Amerika Syarikat, Guterres (gambar) tidak menyerahkan laporan berkaitan pelaksanaan Resolusi 2334 itu sendiri, sebaliknya merujuk tugasan itu kepada Mladenov.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis akan mengadakan mesyuarat bulanannya berhubung isu Timur Tengah (konflik Israel-Palestin).
Ia bakal menyaksikan anggota badan dunia itu akan diberi taklimat oleh Penyelaras Khas bagi proses damai Timur Tengah, Nickolay Mladenov, mengenai perkembangan politik, kemanusiaan dan keselamatan di rantau itu baru-baru ini.
Agensi berita Jordan, Petra melaporkan, pada mesyuarat Rabu, majlis itu turut dijadual menerima laporan suku tahunan berhubung pelaksanaan Resolusi 2334 bertarikh 23 Dis 2016, yang banyak memfokus kepada petempatan Israel.
Menurut Resolusi 2334, majlis itu meminta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres, untuk melaporkan setiap tiga bulan berkaitan pelaksanaan resolusi itu, yang diluluskan oleh bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Susulan tekanan pentadbiran baharu Amerika Syarikat, Guterres tidak menyerahkan laporan itu sendiri sebaliknya merujuk tugasan itu kepada Mladenov.
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#Barack Obama
#Israel
#konflik
#laporan
#mesyuarat bulanan
#Nickolay Mladenov
#Palestin
#PBB
#Resolusi 2334
#Timur Tengah
#UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan