awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNSC tarik balik sekatan senjata ke atas Somalia bulan depan

Bernama
Bernama
26/11/2023
04:10 MYT
UNSC tarik balik sekatan senjata ke atas Somalia bulan depan
Presiden Somalia Hassan Sheikh Mahamud mengumumkan sekatan senjata Majlis Keselamatan PBB ke atas Somalia akan ditarik balik bulan depan. - Foto X/Hodan Ali
MOGADISHU: Presiden Somalia Hassan Sheikh Mahamud pada Sabtu mengumumkan bahawa sekatan senjata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Somalia akan ditarik balik bulan depan.
"Kami mempunyai lima sasaran nasional tahun ini, termasuk membebaskan negara daripada al-Shabaab, penghapusan sekatan senjata, kemasukan ke Komuniti Afrika Timur (EAC) dan pelepasan hutang, serta sekatan senjata akan ditarik balik awal bulan depan," kata Mahamud, lapor Agensi Anadolu (AA).
Sementara itu, penganalisis kanan Kumpulan Krisis Antarabangsa untuk Afrika Timur, Omar Mahmood, berkata kenyataan presiden berhubung penghapusan sekatan senjata menandakan keyakinan antarabangsa terhadap Somalia.
Majlis Keselamatan melanjutkan sekatan senjata sehingga 15 Nov 2023, merujuk kepada ancaman berterusan oleh kumpulan pengganas al-Shabaab terhadap keamanan dan kestabilan rantau itu.
Sekatan senjata itu berkuat kuasa sejak tahun 1992 untuk memutus aliran senjata ke negara itu selepas terlibat dalam kancah perang saudara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekatan senjata
#PBB
#Sheikh Mahamud
#tarik balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan