Unta berjaya diselamatkan selepas dua hari terperangkap dalam paya

Astro Awani
April 21, 2021 02:14 MYT
Beberapa penduduk kampung menggunakan tali bagi menarik keluar haiwan berkenaan. - Foto AP
SEEKOR unta berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam sebuah paya selama hampir dua hari di Rajasthan, India.
Beberapa penduduk kampung menggunakan tali bagi menarik keluar haiwan berkenaan pada 19 April lepas.
Selepas berhempas pulas selama empat jam, penduduk kampung bersama petugas hidupan liar berjaya menarik keluar unta itu daripada paya berkenaan.
Haiwan tersebut dilaporkan terjatuh dalam paya itu ketika ingin minum air pada 17 April.
Unta berjaya diselamatkan selepas dua hari terperangkap dalam paya
#unta #terperangkap #paya #India