awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Upacara pelantikan Pope Leo XIV berlangsung di Vatican

Bernama
Bernama
18/05/2025
21:00 MYT
Upacara pelantikan Pope Leo XIV berlangsung di Vatican
Pope Leo XIV hadir bagi upacara misa bagi meraikan pelantikan beliau di Dataran St Peter Square, Rom, 18 Mei 2025. (Foto AP)
ROM: Misa bagi meraikan pelantikan Pope Leo XIV bermula di Vatican pada Ahad, dengan ratusan ribu penganut berkumpul di Dataran St. Peter untuk menyaksikan detik bersejarah itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ia menandakan permulaan rasmi kepimpinan Leo sebagai pemimpin ke-267 Gereja Roman Katolik, selepas dipilih pada 8 Mei lepas. Beliau juga merupakan paus pertama kelahiran Amerika Syarikat.
Paus baharu itu berdoa di makam St. Peter dalam Basilika St. Peter sebelum keluar ke Dataran St. Peter.
Dalam upacara itu, paus akan menerima dua lambang kuasa kepausan: Cincin Mohor Emas Nelayan yang terukir imej Hawari Peter sedang memancing, serta "pallium" daripada bulu kambing biri-biri.
Puluhan pemimpin negara, termasuk Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance - ahli politik tertinggi terakhir yang bertemu dengan Pope Francis sebelum beliau meninggal dunia pada 21 April - kerabat diraja dan wakil kanan gereja turut berada di Rom bagi menghadiri majlis pelantikan itu.
Pope Leo dijangka menyampaikan satu ucapan peribadi kepada para penganut yang hadir semasa upacara itu.
Pada pelantikannya pada 2013, Pope Francis menyeru umat Katolik untuk "Menjadi pelindung anugerah Tuhan!"
Upacara pelantikan Pope Leo XIV
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pope Leo
#Dataran St Peter
#Vatican
#Gereja Roman Katolik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami