[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Upacara pengebumian Pope Francis bermula di Vatican disaksikan 140,000 orang

Bernama 26/04/2025 | 10:40 MYT
Orang ramai memenuhi Dataran St Peter serta jalan-jalan berhampiran yang menuju ke Vatican. - Foto Reuters
ROM: Kira-kira 140,000 orang berkumpul di sekitar Dataran St Peter di Vatican bagi menghadiri upacara pengebumian Pope Francis, menurut agensi berita Itali, ANSA, pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Sekitar 140,000 orang berkumpul di Dataran St Peter bagi menghadiri upacara di Basilika St Peter, dengan kehadiran pemimpin dunia seperti Donald Trump dan Volodymyr Zelensky.
  • Keranda Pope dibawa keluar ke dataran sebelum dikembalikan ke Basilika St Peter, diikuti perarakan ke Basilika Saint Mary Major, tempat yang sering dikunjungi beliau sepanjang pentadbirannya.
  • Puluhan ribu orang dijangka berarak sejauh enam kilometer melalui pusat bandar Rom, melintasi lokasi terkenal seperti Piazza Venezia dan Colosseum.

Upacara pengebumian di Basilika St Peter bermula pada pukul 10 pagi (0800 GMT), dengan kehadiran pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
Keranda Francis dibawa keluar dari Basilika St Peter ke dataran dan diletakkan di hadapan altar.
Orang ramai memenuhi Dataran St Peter serta jalan-jalan berhampiran yang menuju ke Vatican.
Selepas Misa, keranda Paus akan dibawa semula ke dalam Basilika St Peter sebelum satu perarakan diadakan ke Basilika Saint Mary Major, tempat yang sering dikunjungi beliau sepanjang 12 tahun pentadbirannya sebagai Paus.
Puluhan ribu orang dijangka memenuhi laluan sejauh enam kilometer melalui pusat bandar raya Rom, yang akan melalui tempat-tempat terkenal seperti Piazza Venezia dan Colosseum.
Orang ramai turut memenuhi kawasan di hadapan tempat pengebumian itu, beberapa jam sebelum keranda Francis dijangka tiba sekitar pukul 1 tengah hari.
-- BERNAMA
#upacara pengebumian #Pope Francis #Vatican #Donald Trump