awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT menang tipis ke atas PDRM, buat perhitungan dengan Melaka di suku akhir
Permintaan gas di Iran meningkat ke tahap rekod tertinggi
Turkiye mainkan peranan signifikan untuk keamanan, kestabilan global - Menteri Luar Montenegro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha bangun mekanisme penyelesaian BRICS diteruskan walaupun diancam Trump - Diplomat Rusia

Bernama
Bernama
06/12/2024
07:00 MYT
Usaha bangun mekanisme penyelesaian BRICS diteruskan walaupun diancam Trump - Diplomat Rusia
Trump mengancam negara-negara BRICS dengan tarif 100 peratus sekiranya mereka tidak menghentikan rancangan untuk mencipta mata wang alternatif kepada dolar. - Foto REUTERS
RAS AL-KHAIMAH (UAE): Usaha membangunkan mekanisme, sistem atau instrumen yang memudahkan penyelesaian transaksi kewangan antara negara anggota BRICS akan diteruskan walaupun Presiden Amerika Syarikat yang baharu dipilih, Donald Trump mengancam mengenakan tarif 100 peratus terhadap organisasi itu, kata Timbalan Menteri Luar Rusia Alexander Pankin.
"Inilah peluang yang telah dirancang. Sudah tentu, usaha ke arah ini akan diteruskan," kata Pankin di luar Forum Ekonomi Eurasia Verona XVII di Ras Al-Khaimah, Emiriah Arab Bersatu, lapor Sputnik/RIA Novosti pada Jumaat.
Beliau menjelaskan bahawa perbincangan itu tidak melibatkan mata wang bersama.
Pankin turut menambah bahawa kenyataan Trump baru-baru ini tidak mempengaruhi proses membuat keputusan.
"Itu sama sekali tidak benar. Saya berpendapat kenyataan presiden baharu itu akan berubah pada masa hadapan. Bukan sekali, dan bukan hanya dalam satu arah. Hal ini juga terjadi semasa penggal pertama beliau," jelas diplomat Rusia itu.
Pada 30 Nov, Trump mengancam negara-negara BRICS dengan tarif 100 peratus sekiranya mereka tidak menghentikan rancangan untuk mencipta mata wang alternatif kepada dolar.
Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum ini berkata bahawa masih terlalu awal untuk bercakap mengenai mewujudkan mata wang tunggal BRICS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BRICS
#penyelesaian transaksi kewangan
#ancaman Trump
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan