DUNIA
Usaha AS banteras dadah melalui jalan darat akan bermula - Trump
Trump berkata AS tidak lama lagi akan mempergiatkan usaha untuk menyekat dadah daripada memasuki negara itu melalui jalan darat. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Selasa berkata bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi akan mempergiatkan usaha untuk menyekat dadah daripada memasuki negara itu melalui jalan darat.
"Kami akan melakukan perkara itu di darat. Jalan darat adalah jauh lebih mudah," kata Trump kepada pemberita dalam satu taklimat di White House, menurut Anadolu Ajansi.
Pentadbiran Trump mempergiatkan operasi ketenteraan di Laut Caribbean dan Lautan Pasifik Timur sejak September, dengan alasan usaha menentang penyeludupan narkotik.
Trump berkata 97 peratus daripada dadah yang masuk melalui jalan air telah dihapuskan.
"Kami menghapuskan hampir 100 peratus dadah yang masuk melalui laut. Sekarang, dalam masa yang sangat singkat, kami akan mula menangani dadah yang masuk melalui jalan darat. Kami tahu dengan tepat dari mana ia datang," tambahnya.
-- BERNAMA