DUNIA
Usaha kesan pesawat ringan hilang di Australia diteruskan
Usaha pencarian kini diteruskan di beberapa kawasan di Tasmania dan Victoria. - Foto X/Australian Aviation
ANKARA: Pihak berkuasa Australia sedang giat menjalankan operasi mencari sebuah pesawat ringan yang dilaporkan hilang di ruang udara Selat Bass pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.
Menurut laporan Australian Broadcasting Corporation (ABC), pesawat berkenaan yang membawa seorang juruterbang lelaki dan seorang penumpang wanita gagal tiba di Lapangan Terbang Hillston, New South Wales selepas berlepas dari George Town, Tasmania pada Sabtu.
Juruterbang berusia 70 tahun dan penumpangnya yang berusia 60 tahun merupakan penduduk Tasmania.
Usaha pencarian kini diteruskan di beberapa kawasan di Tasmania dan Victoria.
-- BERNAMA